PROFAIL KAMPUNG MUHIBBAH

Kampung Muhibbah, Peserai Batu Pahat terletak berhampiran Sungai Batu Pahat. Mengikut sejarah, kampung ini terletak 3 km dari bandar Batu Pahat. Asal penduduknya bukanlah orang tempatan, tetapi penduduknya datang dari kampung-kampung yang berhampiran Kg. Muhibbah seperti Kg. Benteng Kiri, Kg. Peserai Pantai, Kg. Sg. Kelambu dan pelabagai lagi kampung yang berhampiran dengannya.
Pada 1969, Kg. Muhibbah telah ditubuhkan atas Tanah Kurnia Negeri Johor kepada orang miskin. Hanya setengah ekar seorang bagi penarik beca, penambang feri, nelayan, peniaga-peniaga kecil dan penternak. Semasa itu, Menteri Besar bagi Negeri Johor ialah Y.B. Dato' Hassan bin Hj. Yunos telah bersetuju membuka dan diberi nama Kg. Muhibbah sempena diambil daripada 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang sama-sama bersetuju membukanya.

Monday, August 2, 2010

Kg. Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor.

Kg. Muhibbah, Peserai terletak perjalanan antara Batu Pahat ke Muar. Simpang bermulanya kampung ini bermula dengan simpang Jalan Peserai Lama yang juga dikenali sebagai Malindo. Di Jalan ini, terdapat pasar malam pada hari Jumaat yang bermula jam 3.00 petang hingga ke jam 10.00 malam.
Hasil kreativiti orang kampung

No comments:

Post a Comment